Followers

Thursday, April 4, 2013

Mencuci pinggan hujung minggu.

 

Kanak-kanak memang suka sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan.

Terutama jika dari kedua ibu bapa mereka.

Ketika itu mereka akan merasakan bahawa diri mereka sangat dihargai.

Sebenarnya meminta anak-anak membantu kerja-kerja rumah adalah merupakan satu didikan yang secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak itu bersedia untuk berada di dunia yang sebenar, selain dari dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak itu sendiri. 

Sebagai contoh, menyuruh mereka membasuh pinggan setiap kali selepas makan. Bila dewasa mereka akan dengan mudahnya mempraktikkan perkara ini dengan mudah.

Dalam erti kata lain sudah menjadi kebiasaan...

Sungguhpun demikian, sebagai ibu & bapa kita seharusnya memberikan beberapa tips sebelum mereka mula membasuh pinggan mereka.

1) membuang terlebih dahulu sisa yang ada dalam bakul sampah.

2) menggunakan sabun & span

3) bilas

4) letak dalam bekas pengetus yang disediakan.

Oh ya...

Satu perkara yang ibubapa perlu ingat ialah.....

Pada peringkat umur tadika 5-6 tahun hanya berikan pinggan sahaja untuk mereka basuh kerana struktur pinggan yang lebih rata akan membuatkan mereka mudah & gembira mencucinya berbanding gelas, cawan dan sebagainya.

Sekiranya umur mereka 7tahun & ke atas maka boleh la menyuruh mereka mencuci lain-lain peralatan.