Followers

Friday, August 27, 2010

Mathematics is fun..


"Mathematics is fun..."

"Mama.. mama.. today Amin learn 3 + 5 = 8."
(kata Amin pada ibunya, sambil menunjukkan bilangan jarinya). Terbeliak mata Cik Timah bila mendengar anaknya Amin boleh buat kira-kira tambah dengan baik. Sudahlah tu... cakap inggeris lagi....

Amin boleh memahami kira-kira tambah kerana Amin faham konsep "addition yang diajar guru kepadanya. Selain dari itu Amin boleh berkata-kata dalam bahasa Inggeris kerana Tadika Intelek Maryam, Mathematics diajar dalam Inggeris dengan menggunkan bahasa yang ringkas dan mudah diikuti pelajar.

Sebut sahaja "mathematics" pasti terbayang dimata kita nombor & angka-angka.
Berbagai-bagai tanggapan berkenaan "mathematics":
  • Mathematics susah
  • Mathematics menjemukan
  • Mathematics entah apa-apa
  • Mathematics memeningkan
Kesemua ini berlaku hasil daripada "approach" pertama yang kanak-kanak terima berkenaan "mathematics". Mereka di "drill" dengan latihan latih tubi yang menyeksakan jiwa kanak-kanak hanya semata-mata supaya kanak-kanak hafal nombor mahupun bilangannya. Di mana sepatutnya kefahaman adalah perkara utama semasa belajar "mathematics."

Tidak ramai yang mengetahui bagaimanakah cara yang betul untuk membuatkan kanak-kanak sukakan "mathematics".

Implikasi daripada itu maka Tadika Intelek Maryam menggunkan pendekatan:
  • Bermain sambil belajar
  • Memperkenalkan konsep awal mathematics terlebih dahulu sebelum mengajar bilangan, tambah, tolak, masa, wang & sebagainya.
Ternyata kanak-kanak cukup suka dengan subjek mathematics & langsung tidak menampakkan unsur-unsur "mathematics" itu susah..., jemu....., entah apa-apa.... @ memeningkan...
Maka latihan terperinci sentiasa diberikan kepada guru-guru demi untuk pastikan P&P berjaya dengan cemerlang.