Followers

Thursday, December 29, 2011

Merangsang perkembangan kanak-kanak dihari orientasi.


28 - 29 Desember adalah hari yang terukirnya sejarah bagi diri yang bergelar kanak-kanak. Pada hari ini kanak-kanak yang mendaftar di Tadika Intelek Maryam dijemput untuk menghadiri Hari Orientasi.

Guru-guru telah berminggu-minggu membuat persediaan & persiapan untuk menyambut kehadiran kanak-kanak ini. Doa kepada yang Maha Esa supaya diberi kekuatan untuk bersama mendidik kanak-kanak ini sentiasa tidak dilupakan.

Alhamdulillah Allah swt telah memudahkan segala2nya. Berkat doa & usaha gigih guru-guru anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti yang telah disediakan.

Pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang dua hari ini. Sungguhpun demikian matlamatnya adalah sama iaitu untuk merangsang:

1) Sifat keyakinan terhadap diri sendiri..
-terutama disuasana yang baru & kawan-kawan serta guru-guru yang belum pernah dijumpa.
2) Sifat bekerjasama..
-semasa aktiviti bersama
3) Sifat bertanggungjawab
-terhadap diri sendiri, rakan & guru
4) Hubungan sosial emosi antara sesama kanak-kanak dengan guru-guru.

Syabas kepada anak-anak...
Anda memang hebat..!!!!!

Wednesday, December 21, 2011

Ajar anak membaca cara mudah.



Sudah menjadi lumrah kanak-kanak. Jika mereka suka kepada sesuatu perkara mereka akan memberikan tumpuan & minat untuk melakukannya.
Begitu jugalah dengan aktiviti membaca.

Jangan sekali-kali terus memaksa kanak-kanak membaca terus dari buku.
Pastikan aktiviti pra bacaan dilakukan terlebih dahulu bersama mereka.
Terdapat banyak aktiviti pra bacaan yang boleh dilakukan.
Di sini saya hanya memberikan beberapa contoh seperti.
1) Bermain dengan kad huruf.
2) Kolaj (membentuk huruf abjad yang hendk diperkenalkan bunyinya)
3) Plastersin (membentuk huruf)
4) Menggunting huruf berkaitan dari suratkhabar
5) Kad pancing
6) Kad cawan
5) Dan sebagainya....

Setelah kanak2 mahir dengan bunyi2 huruf yang hendak diperkenalkan, barulah guru masuk ke peringkat ke dua iaitu..
Proses gabung bunyi..
sebelum membaca
-perkataan
-ayat ringkat
-karangan.