Followers

Sunday, February 10, 2013

Mari mencuci kain..

Mencuci kain adalah antara aktiviti yang sangat digemari oleh anak-anak di Tadika Intelek Maryam.
Aktiviti ini dilakukan bersesuai dengan tema: 'My Family'
Melalui aktiviti ini kanak-kanak secara tidak langsung dididik supaya membantu ibu & bapa di rumah.
Ibu bapa sekali sekal boleh memberi peluang anak-anak meneruskan aktiviti ini di rumah supaya mereka gembira & merasakan yang mereka telah melakukan sesuatu yang dikira telah meringankan beban ibu & ayah mereka.

Kita mungkin boleh menyuruh mereka membasuh tuala2 kecil, stokin atau apa sahaja yang bessuaian dengan keupayaan mereka.

Sungguh pun demikian aktiviti ini hendak lah sentiasa dipantau supaya perkara yg tak diingini seperti jatuh dll tak berlaku..
al maklum aje lah... sabun bila terkena di lantai boleh menyebabkan lantai licin.

Antara bahan2 yg diperlukan:
-Kain2 yg hendak dicuci
-besen/ baldi utk meletak kain bersama air sabun
-besen / baldi untuk membilas
-berus kain
-tali ampaian
-penyepit baju.

"Semoga aktiviti ini sedikit sebanyak dapat mewujudkan kasih sayang antara anak & ibubapa."