Followers
Thursday, December 29, 2011
Merangsang perkembangan kanak-kanak dihari orientasi.
28 - 29 Desember adalah hari yang terukirnya sejarah bagi diri yang bergelar kanak-kanak. Pada hari ini kanak-kanak yang mendaftar di Tadika Intelek Maryam dijemput untuk menghadiri Hari Orientasi.
Guru-guru telah berminggu-minggu membuat persediaan & persiapan untuk menyambut kehadiran kanak-kanak ini. Doa kepada yang Maha Esa supaya diberi kekuatan untuk bersama mendidik kanak-kanak ini sentiasa tidak dilupakan.
Alhamdulillah Allah swt telah memudahkan segala2nya. Berkat doa & usaha gigih guru-guru anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti yang telah disediakan.
Pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang dua hari ini. Sungguhpun demikian matlamatnya adalah sama iaitu untuk merangsang:
1) Sifat keyakinan terhadap diri sendiri..
-terutama disuasana yang baru & kawan-kawan serta guru-guru yang belum pernah dijumpa.
2) Sifat bekerjasama..
-semasa aktiviti bersama
3) Sifat bertanggungjawab
-terhadap diri sendiri, rakan & guru
4) Hubungan sosial emosi antara sesama kanak-kanak dengan guru-guru.
Syabas kepada anak-anak...
Anda memang hebat..!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment