Followers

Sunday, June 6, 2010

Pendekatan bermain:



Sebagai seorang guru tadika, saban hari saya diperlihatkan dengan kerenah anak-anak "bermain". Kelihatannya bermain sangat menggembirakan hati kanak-kanak.
Mula-mula saya agak pelik mengapalah kanak-kanak ini suka sangat bermain kadang2 sampai tak kenal masa makan @ masa rehat atau dalam erti kata lain tak tahu duduk diam.

Perkataan 'bermain' sangat sinonim dengan kanak-kanak. Individu kecil ini mampu bermain tanpa kenal jemu. Kadang-kadang saya terdetik juga dalam hati... "ish.. ish..ish.. tak penat & tak jemu ke diaorang main tanpa henti-henti ni.." (padahal begitulah diriku masa kecil dahulu... kata ibu).


Rupa-rupanya itulah kanak-kanak....menurut
Kraus (1990) kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu, tetapi adalah untuk kegembiraan.

Hebat sungguh kuasa Allah swt... dijadikannya kanak-kanak ini suka bermain kerana beberapa perkara:

1) Main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-
masing
2) Mampu mengawal keadaan & membantu kanak-kanak menghadapi realiti sebenar.
Ini dapat dibuktikan berdasarkan teori Carr .

Oleh itu demi untuk menjamin masa kanak-kanak bermain itu benar-benar bermakna maka beberapa faktor perlu difahami & diaplikasikan iaitu:
  • Bermain yang terancang.
  • Bermain yang berstruktur.
  • Bermain yang fleksibel.
  • Memenuhi keperluan kognitif, psikomotor & afektif.
Maka kaedah "Easy & Fun Learning" yang dipraktikkan di Tadika Intelek Maryam memang didapati berkesan kerana melaluinya kanak-kanak dapat belajar dengan rasa gembira & sedikit pun rasa tidak tertekan kerana ia bertepatan dengan fitrah kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment