"Mathematics is fun..."
"Mama.. mama.. today Amin learn 3 + 5 = 8."
(kata Amin pada ibunya, sambil menunjukkan bilangan jarinya). Terbeliak mata Cik Timah bila mendengar anaknya Amin boleh buat kira-kira tambah dengan baik. Sudahlah tu... cakap inggeris lagi....
Amin boleh memahami kira-kira tambah kerana Amin faham konsep "addition yang diajar guru kepadanya. Selain dari itu Amin boleh berkata-kata dalam bahasa Inggeris kerana Tadika Intelek Maryam, Mathematics diajar dalam Inggeris dengan menggunkan bahasa yang ringkas dan mudah diikuti pelajar.
Sebut sahaja "mathematics" pasti terbayang dimata kita nombor & angka-angka.
Berbagai-bagai tanggapan berkenaan "mathematics":
- Mathematics susah
- Mathematics menjemukan
- Mathematics entah apa-apa
- Mathematics memeningkan
Tidak ramai yang mengetahui bagaimanakah cara yang betul untuk membuatkan kanak-kanak sukakan "mathematics".
Implikasi daripada itu maka Tadika Intelek Maryam menggunkan pendekatan:
- Bermain sambil belajar
- Memperkenalkan konsep awal mathematics terlebih dahulu sebelum mengajar bilangan, tambah, tolak, masa, wang & sebagainya.
Maka latihan terperinci sentiasa diberikan kepada guru-guru demi untuk pastikan P&P berjaya dengan cemerlang.
No comments:
Post a Comment