Followers

Wednesday, June 8, 2011

Tema binatang peliharaan..


Miow...!!!! Kuek...!!!! Chip...!!!
Berikut adalah antara bunyi beberapa binatang peliharaan yang terdapat disekeliling kanak-kanak.
Selain dari kucing, itik dan burung, ayam dan hamster juga adalah merupakan antara binatang peliharaan.

Antara objektif 'Tema binatang peliharaan' ialah:
1) Ia adalah makhluk ciptaan Allah swt
2) Kita mesti kasih pada makhluk ciptaah Allah swt ini.

3) Perlu beri makan, minum & tempat tinggal.

4) Tidak boleh menyakiti fizikalnya.

5) Tahu cara pergerakan, berbunyi, makanan serta keperluannya.


Tema binatang peliharaan ini sangat baik untuk kanak-kanak kerana ia boleh mendidik kanak-kanak supaya kasih pada makhluk ciptaan Allah swt.

Terdapat beberapa cerita yang boleh kita perdengarkan pada kanak-kanak berdasarkan 'Tema binatang peliharaan ' ini untuk pengajaran buat mereka, antaranya ialah:

Cerita (1)
Kisah seorang pengembara yang kehausan di padang pasir. Dalam perjalanan dia terjumpa
sebuah perigi yang sgt dalam. Beliau turun kerana terlalu kehausan. Setelah puas minum,
beliau pun naik ke atas. Sampai sahaja ke atas beliau ternampak seekor anjing yang
terjelir-jelir memandang ke arahnya.

Terdetik di hatinya bahawa anjing itu juga sedang dalam kehausan sebagaimana dirinya
sebelum ini. Atas rasa belas kasihan yang teramat sangat terhadap anjing itu, maka lelaki pengembara itu pun turun semula ke dalam perigi yang dalam itu untuk mengambil air supaya dapat diberikan kepada anjing tersebut.

Beliau mengisi air ke dalam kasut kulitnya dan mengigit kasutnya dgn gigi, manakala kedua tangannya berusaha untuk naik ke atas. Akhirnya lelaki itu berjaya sampai ke atas dan memberi anjing itu minum air yang di bawanya. Atas perbuatannya itu maka Allah swt telah mengampunkan semua dosa-dosanya.
(Hadith Riwayat:Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Cerita (2):
Seorang wanita telah menyiksa kucingnya dengan mengurung tanpa memberi kucingnya makan dan minum. Akibatnya kucing itu tidak dapat pergi mencari makanan sendiri.
Akhirnya kucing itu mati kebuluran.

Akibat perbuatannya Allah swt telah memasukkan perempuan itu ke dalam neraka.
(HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari sahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma)


2 comments:

  1. Salam K.lis,

    Teruskan lagi menulis dlm blog ni. Reen sgt suka ia satu cara utk membantu ibubapa mencari idea utk mendidik anak2. Berpandukan dari sini kita juga jadi pendidik secara tidak langsung. Tahniah.

    ReplyDelete
  2. Cantik dan bermanfaat betul cerita ini untuk tema haiwan peliharaan. Semoga tersemai akhlak kasih sesama makhluk ciptaan Allah dalam mendidik mengenal tauhid Allah. Perkembangan bahasa anak2 diransang dan diraikan dengan bercerita....isalamik la ni.....best!!!!...

    ReplyDelete