Followers

Tuesday, June 14, 2011

Mama... jangan biarkan daku....


Dalam sehari kita mesti berdepan dengan situasi diatas, antara kita dengan anak-anak kecil kesayangan kita. Kalau yang mempunyai ramai anak maka bermacam-macam memek muka yang akan kita hadapi.

Bila situasi sedemikian menemui kita maka 'KESABARAN' adalah yang paling utama.
Bagi ibu2 yang faham akan kanak-kanak & perkembangan kanak & tau cara mengatasinya maka ibu2 ini akan menghadapinya dengan rasa 'TENANG' & muka yang 'SENYUM'.

Tetapi bila situasi sedemikian dihadapi oleh ibu2 yang tak faham berkenaan kanak2 apatah lagi perkembangan kanak-kanak maka 'KEMARAHAN' akan menghantui ibu2 & yang paling tak sedap didengar ialah 'CACI MAKI' seolah2 satu kepuasan hadir didiri si ibu bila dia berkelakuan demikian..

Apa yang paling menyedihkan ialah bila ada ibu2 sanggup memarahi, memukul, mencubit, menampar dan sebagainya kerana baginya janji anak itu diam.

Ada pulak yang berkata.....
"Biarkan dia menangis.... penat nanti berenti lah dia..."
Ish..! Ish..! Ish..! terkejut saya dengar ada ibu yang sanggup berkata demikian pada anak kecilnya yang berumur 4 tahun.
Sudah la tu... Si Ibu kelihatan cukup berbangga dengan patah-patah perkataan yang diucapkannya. Padahal dia tak tahu bahawa perbuatannya itu telah menganggu & membantutkan perkembangan 'EMOSI' anaknya.

Apakan tidak..... jika perkara seperti ini selalu berlaku maka si anak akan melebelkan bahawa ibu tidak menyanyinya..... dan si anak akan sentiasa tergenggu 'EMOSI'nya. Anak akan menjadi seorang yang pendiam dan yang paling ditakuti ialah pendendam.

Oleh itu wahai IBU dengarlah RINTIHAN SI ANAK:

Wahai ibu kusayang:
- Jangan dibiarkan akau menangis menanggung kesedihan ini keseorangan... - Segeralah datang membelaiku... -Aku rindu akan belaianmu... -Cepatlah bertanya kenapa aku menangis... - Redakanlah aku segera wahai ibuku sayang... - Datanglah padaku segera wahai ibuku... - IBU...!!!! aku sayang padamu....


No comments:

Post a Comment