Followers

Tuesday, July 5, 2011

Cuaca oh cuaca...


Hujan... Panas... Mendung.. Berangin...
Adalah antara keadaan cuaca yang selalu kita hadapi.

i i i i i i i i........................ panas betul la... kalau macam ni selalu kering kita dibuatnya..
'Asyik hujan je.. bosan betul la.."
Begitulah selalunya rungutan yang selalu kita dengar dari mulut manusia yang tak tahu bersyukur.

Sebagai seorang Islam kita seharusnya bersyukur dengan segala apa yang tetah ditetapkan olehNya. Seandainya kita kurang selesa dengan keadaan demikian kita seharusnya yakin bahawa ada hikmah disebaliknya.

Sekiranya kita mengajar tema cuaca maka perkara2 berikut mesti diberi perhatian:
(1) Sentiasa bersyukur padaNya atas segala ketetapan yang telah dibuat.
(2) Tidak merungut.
(3) Yakin bahawa setiap kebaikan yang Allah swt telah ciptakan.

Selain dari itu kita juga mesti mendidik kanak2 bagaimana hendak berhadapan dgn setiap keadaan cuaca di atas seperti:

- Tidak terlalu mendedahkan diri dalam cuaca panas kerana boleh menyebabkan kita demam
&
sebagainya. Sekiranya terpaksa hendaklah memakai payung & topi. - Tidak bermain dengan air hujan secara keterlalaun kerana ia boleh memudaratkan
kesihatan.
Sekiranya terpaksa meredah hujan hendaklah memakai payung atau baju hujan.

1 comment: