Followers

Sunday, July 10, 2011

Pujuk anak-anak makan sayur ..



Sayur-sayuran tergolong dalam senarai makanan seimbang yang mesti dimakan oleh setiap individu.

Ramai ibubapa menghadapi masalah anak2 yang tak mahu makan sayur.
Jika nampak aje warna hijau dalam makanan pasti anak2 ini akan mengeluar @ meletakannya ditepi pinggan.

Ramai ibubapa yg merungut akan keadaan ini.
Terdapat berbagai usaha yg mereka lakukan hingga kadang2 mereka jadi putus asa dan mengalah dengan perangai anak2 tak mahu makan sayur ini. Yang paling menyedihkan bila dewasa mereka terus tidak makan sayur & meneruskan amalan tak baik ini pada anak2 mereka pula.

Pada pendapat saya keadaan ini berlaku mungkin kerana kurang kefahaman betapa pentingnya sayur untuk tubuh badan seseorang.
Ibubapa seharusnya sentiasa memasukkan sayuran yg dipotong halus @ dikisar dalam nasi bubur anak2 sejak mereka kecil lagi...
supaya lidah mereka biasa merasa & makan sayur.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman...
Saya adalah antara ibu yang hampir2 berputus asa dalam menggalakkan anak2 kecil supaya makan sayur.

Namun semangat & galakkan yang sentiasa diberikan oleh suami (seorang doktor perubatan) agar saya terus tabah disamping doa pada Allah swt akhirnya saya berjaya mengatasi masalah ini.

Sakarang saya sangat berpuas hati kerana apabila dewasa, hidangan sayur-sayuran menjadi antara menu yg wajib pada mereka. Pernah saya 'test' anak....

Saya sengaja lambat mengeluarkan menu sayuran pd hari tersebut, tiba2 anak yang paling bongsu 'Ammar (ketika itu dah berumur 12 tahun) bertanya...
"Ibu..... mana sayur??"
"Ada.." Saya menjawab dengan rasa gembira.

Kemudian anak yang sulung Mus'ab (ketika itu 19 tahun) bertanya...
"Ibu sayur ada lagi tak?" Ketika itu saya memasak sayur goreng kangkung.
"Maaf la Mus'ab... dah habis." Jawab saya dengan rasa gembira kerana anak2 sendiri sudah jadi penggemar sayur-sayuran.

Oleh itu saya ingin memberikan beberapa tips supaya anak2 suka makan sayur..

1) Bagitahu anak2 dengan penuh kasih sayang bahawa dia mesti makan sayur untuk kulit yang
cantik & pengelihatan yang jelas..
2) Sentiasa masukkan sayur-sayuran dalam menu makan tengahari @ malam mereka
(potong kecil2 @ dikisar) sejak mereka kecil (6 bulan)
3) Hiaskan makanan terutama menu sayur sayuran untuk menarik minat mereka.

"S e l a m a t b e r j a y a "

No comments:

Post a Comment