Followers

Wednesday, January 11, 2012

Aktiviti merekod baik untuk kanak-kanak.


Aktiviti merekod adalah antara aktiviti yang sangat penting untuk kanak-kanak peringkat tadika.

Kita boleh lakukannya pada bila-bila sahaja masa pengajaran. Contoh yang ingin ditunjukkan di sini ialah semasa tema sekolah saya & dalam matapelajaran matapelajaran Sains untuk kanak-kanak 6 tahun.

Semasa aktiviti ini pelajar-pelajar atas kawalan guru akan di bawa keluar kawasan tadika. Mereka dikehendaki mencari sebanyak mungkin jenis & bentuk-bentuk daun yang dijumpai sepanjang mereka berada di luar kawasan tadika.

Setelah selesai mereka akan kembali semula ke tadika & memulakan aktiviti merekod dalam lembaran yang telah disediakan oleh guru seperti contoh dalam gambar.

1) Pelajar dikehendaki menandakan tanda / sekiranya daun yang diambil sama dengan yang
terdapat dalam lembaran.
2) Menulis sendiri berapakah jumlah bilangan daun yang diperolehi yang sama dengan lembaran
yang disediakan.

Antara beberapa kebaikan aktiviti merekod ini ialah:
  • Menggalakkan kanak-kanak berfikir.
  • Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
  • Menggalakkan perasaan ingin tahu.
  • Menggalakkan sikap bertanggungjawab.
  • Meningkatkan sikap yakin.

No comments:

Post a Comment