Followers

Sunday, March 18, 2012

Seronok dikelilingi bermacam-macam warna.

Kanak-kanak perlu dididik supaya sentiasa bersyukur kehadrat Allah swt kerana dgn izinNya mereka dapat melihat berbagai warna di muka buminya ini.

Boleh bawa kanak-kanak berjalan ke taman bunga untuk melihat betapa cantiknya bunga yang bermacam warna ciptaan Allah swt. Minta kanak-kanak menutup mata masing2.
Tanya kepada mereka....
"Jika mata ditutup, warna apakah yg mereka lihat..?"

Sudah pasti anak-anak kecil ini menjawab mereka nampak "hitam" sahaja.
Jelaskan kepada kanak-kanak ini bahawa kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan pengelihatan dari Allah swt & hendaklah sentiasa menyebut 'Alhamdulillah."

Jelaskan kepada mereka bahawa merah, biru, kuning adalah warna-warna merupakan warna-warna asas.
Jika dicampur antara warna-warna tersebut akan menghasilkan warna hijau, merah samar, unggu, oren dan sebagainya.

Kanak-kanak belajar melalui pengalaman.
Makin banyak mereka didedahkan dgn pengalaman makan makin banyak serta kayalah ilmu yg akan mereka perolehi.. yg mana kesemua ini sgt berguna utk kehidupan mereka.

Berikan sebanyak mungkin aktiviti yang melibatkan 'warna'.
Pastikan aktiviti tersebut yang menarik minat mereka. Antaranya ialah seperti diatas:
1) membuat ekor burung merak (teknik mengecop
-warnakan telapak tangan dgn pelbagai warna & cop pada gambar burung merak.. sebagai ekornya.
2) membuat carterpillar (teknik menggunting & menampal)
- gunting kertas pelbagai warna.
-cantumkan antara setiap warna sebelum digam & menjadi seekor carterpillar seperti di atas.

Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa di dalam al quran terdapat banyak tertulis tentang warna.
Boleh dibacakan ayat2 tersebut beserta maknanya, antaranya ialah seperti:

* "Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau dan sutra tebal" (Q.S. Al-Kahf: 31


* Warna putih seperti dalam:
Surah al-A’raf (سورة الأعراف) ayat 108:

وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيْضَاءُ لِلنَّاظِرِينَ (١٠٨)

Ertinya: Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

No comments:

Post a Comment